Resepi Cendawan Tiram Goreng Rangup
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang
Bahan-Bahan:
1 mangkuk cendawan tiram
1 biji telur
1 mangkuk tepung goreng berempah segera
minyak, untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Bersihkan cendawan tiram dan lap dengan tisu atau kitchen towel sehingga kering. Kemudian carikkan, tetapi jangan terlalu kecil.
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul sebati.
Dalam mangkuk yang berasingan, tuang tepung goreng berempah segera cukup sekadar untuk disalutkan cendawan. Tepung TIDAK perlu dibancuh.
Celup cendawan dalam telur (mangkuk pertama) dan golekkan cendawan di dalam tepung goreng berempah (mangkuk kedua).
Goreng di dalam minyak panas sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak.
Tips:
Garam tidak digunakan di dalam resipi ini kerana kebanyakan tepung goreng berempah segera sudah mempunyai rasa masin secukupnya. Jadi hati-hati jika anda mahu masukkan garam.

Reviewed by Syok Media
on
7:04 PTG
Rating:

Tiada ulasan